7 DISEMBER 2011, Unit Program Pembangunan Insan (PPI), Penjara Pra Bebas Dususn Dato' Murad telah menganjurkan Kempen Anti Merokok bagi kakitangan dan banduan. Majlis dimulakan dengan pertandingan melukis poster bertemakan 'Merokok Membahayakan Kesihatan'. Bagi mengisi agenda program satu sesi ceramah Program Kesedaran Bahaya Merokok telah disampaikan oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah. Di samping itu pemeriksaan tahap kesihatan kakitangan juga diadakan. Majlis diakhiri dengan pembakaran replika rokok sebagai simbolik perasmian dan penutupan. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan poster telah disampaikan oleh TPP Mohd Zain Bin Ismail bagi mewakili pihak Pengarah Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad.
""